Suasana Desa Inggeris Kini di Rumah Anda

Dari : Nora
Tarikh :

Kreativiti sendiri beri kepuasan

Myprima Home Décor – sedia kepingan kertas, sesiapa saja boleh lakukan gubahan hiasan dirumah.

 

Penggunaan perabut dan aksesori hiasan dalaman yang diterapkan dengan motif bunga-bungaan antara elemen nilai estetika paling menarik perhatian.

 

Berlatarkan rona putih dan krim, penampilan motif bunga-bungaan lebih menyerlah, sekali gus mengubah suasana ruang kediaman mengikut konsep kedesaan Inggeris.

 

Tidak dinafikan, dua elemen itu  begitu sinonim dengan gaya kedesaan Inggeris, namun kreativiti anda mengilhamkan kelainan pastinya mewujudkan suasan yang diinginkan.

 

Motif bunga-bungaan dan rona putih atau krim sering dikaitkan dengan gaya kedesaan Inggeris, tetapi bukan bermakna anda perlu membelinya di luar negara.

 

Ketika cetusan awal kemunculan barangan inspirasi Inggeris, ia bagaikan satu kegilaan masyarakat untuk menghias barangan menggunakan konsep berkenaan.

 

Bukan hanya mahal, tetapi cara pembuatannya jarang diketahui umum. Ia bagaikan rahsia yang tidak mahu dikongsi dengan sesiapa terutama di kalangan peniaga yang begitu mementingkan untung semata-mata.

 

Tidak menjadi halangan, kepada Myprima Home Décor dalam memberi galakan kepada penggemar barangan gaya Inggeris untuk mempelajari sesuatu yang bermanfaat dengan melakukan sendiri di rumah.

 

Bagi mereka yang mahu meningkatkan kreativiti, mungkin kertas yang dicetak dalam bentuk bunga mawar ‘tampal celup‘ itu boleh diadun pada cawan atau gelas, pinggan, dulang, lampu atau barangan kaca yang member daya seni penataan tersendiri.

 

Mungkin inilah masanya menggunakan kesempatan yang ada, apatah lagi dalam kegawatan ekonomi yang bersifat global. Malah, cara tersendiri bereksperimen dengan gaya Inggeris itu mampu memberi nilai komersial.

 

Adalah lebih mudah,  apabila syarikat kami menyediakan kepingan kertas untuk tujuan tampalan itu dan sesiapa saja boleh melakukannya di rumah dengan membentuknya mengikut kesukaan.

 

Baginya, hasil yang diolah sendiri pasti membuat seseorang itu lebih teruja kerana mampu memberi motivasi dalam penghasilan daya olahan keinggerisan yang semakin menjadi aliran terkini.

Untuk menghasilkan hiasan tampal celup (decal) yang mudah, lakukannya pada pinggan atau gelas. Potong bunga-bungaan yang dibentuk itu satu persatu untuk mendapatkan bentuk jambangan bunga yang tampil penuh pesona.

 

Celup dulu ke dalam air untuk beberapa minit sebelum ia tanggal daripada kertas dan kemudian lekatkannya pada barangan yang hendak dihasilkan. Setelah ditampal,biarkan ia kering sendiri untuk beberapa minit dan hasilnya amat memberangsangkan.

 

Untuk kelihatan menarik, bahan berupa kaca samada pinggan atau cawan yang hendak dijadikan tampalan itu mesti mempunyai permukaan kosong.

 

Decal ni amat menarik jika tahu mengolahnya. Ia memerlukan ketelitian dan menguji kesabaran seseorang dalam menampalnya.

 

Memandangkan hasilnya amat menawan dan senang dibentuk, gunakan ruang untuk menyerlahkan bakat dengan melakukan sendiri di rumah.

 

Hasilnya tidak ubah seperti membeli di kedai. Bagi yang ingin mencubanya, ia sesuatu yang mengasyikkan.  

 

Anda yang berminat boleh menghantar email kepada.    myprima2u@gmail.com


 KERTAS TAMPALAN CELUP.... Untuk mendapatkan kertas ini bolehlah menempah dari saya dengan emailkan kepada saya.
Hantarkan tempahan anda kepada     myprima2u@gmail.com

 


 BAHAN.... antara peralatan ringkas diperlukan untuk membuat decal atau tampal celup. Kertas bunga decal (tampal celup),  gunting, bekas berisi air dan sekeping pinggan berwarna putih.

 

 POTONG.... gunting pada bahagian bunga decal satu persatu mengikut potongan yang betul.

 

 REMDAM.... masukkannya ke dalam air (remdam atau celup) untuk beberapa saat untuk memudahkan ia tanggal.

 

 TARIK.... sebaik ia tanggal daripada kertas asalnya, tarik perlahan-lahan sebelum menampalkannya pada bahagian diingini.

 

 TERBENTUK.... tampalkan pada pinggan atau apa saja bahan sambil menekannya supaya ia rata pada permukaan ditampal.

 

 HASIL.... lakukan langkah sama pada pasu atau pada permukaan lampu tidur untuk dijadikan hiasan.

 

RINGKAS.... pinggan yang menjadi hiasan di sudut meja lebih menarik dengan tampalan decal.













DI SINI BEBERAPA CONTOH CORAK KERTAS DECOL

WOW!!...DECAL BARU DAH SAMPAI U..MARI MARI JANGAN KETINGGALAN.INSYAALLAH SENTIASA ADA STOK.
TAKYAH PANJANG-PANJANG CITER, PILIH DAN ODA JER..

Harga still macam biasa RM20/pc.
Jika 3 keping keatas, RM19/pc
Jika 5 keping keatas, RM18/pc
Jika 8 keping keatas, RM17/pc


(Kertas saiz A3 tak ada diskaun)

Kod AA 200
Saiz A3 harga RM25
HABIS SOLD OUT
Ada 27 gambar bunga


Kod BB 300
Saiz A3 harga RM25

HABIS SOLD OUT



Kod CC 400
Saiz A3 harga RM25

tinggal 5 aje






Kod DD 500
Saiz A3 harga RM25

HABIS SOLD OUT










Kod SR 101
Saiz A4 harga RM20



  Kod SR 111
Saiz A4 harga RM20


Kod SR 104
Saiz A4 harga RM20


Kod SR 700
Saiz A4 harga RM20



Kod JM 300
Saiz A4 harga RM20




Kod SM 888
Saiz A4 harga RM20



Kod SR 108
Saiz A4 harga RM20



Kod SR 109
Saiz A4 harga RM20


Kod SR 112
Saiz A4 harga RM20


Kod BR 333
Saiz A4 harga RM20



Kod BR 222
Saiz A4 harga RM20


Kod BR 555
Saiz A4 harga RM20




Kod BH 101
Saiz A4 harga RM20


Kod FB 300
Saiz A4 harga RM20



Kod TC 500
Saiz A4 harga RM20




Kod CC 200
Saiz A4 harga RM20



Kod CC 300
Saiz A4 harga RM20



Kod CH900
Saiz A4 harga RM20



Harga still macam biasa RM20/pc.
Jika 3 keping keatas, RM19/pc
Jika 5 keping keatas, RM18/pc
Jika 8 keping keatas, RM17/pc


(Kertas saiz A3 tak ada diskaun)

Semua harga tersebut  termasuk belanja POS. Tiada pesanan minimum


UNTUK PERTANYAAN DAN TEMPAHAN, SILA EMAIL KEPADA SAYA  myprima2u@gmail.com


Banyak lagi koleksi sticker di;
sila klik
MyprimaHomeDecor.Blogspot.com

Projek DIY Decal Inggeris Saya

Anda berada di website yang betul bagi anda yang tercari-cari idea bagaimana nak menghasilkan DIY kreativiti sendiri membuat deco corak inggeris di rumah sendiri mengunakan barangan terpakai. Lihatlah hasil yang telah saya buat DIY dirumah sendiri.


Asalnya jam batu ladung berayun ini berwarna COKLAT. Saya cat keseluruhan depan jam ini dengan spray cat warna putih. Lepas cat itu kering barulah ditampalkan dengan Kertas Decal corak
bunga desa  inggeris. Kemudian saya masuk dan gam bekas Teko dan Cawan kedalam ruangan jam batu ladung itu. Bekas Teko dan Cawan itu saya beli di kedai dan lepas tu saya potong body Teko dan Cawan itu menjadi separuh supaya muat masuk kedalam jam tersebut. Sudu yang diluar itu saya tampal dengan kertas decal juga. Maka hasillah seperti ini. Ramai kawan saya yang memuji hasil kreativiti yang saya buat ini.

Projek seterusnya, adalah rak hias dinding seperti ini;

Asalnya rak kayu ini adalah bekas laci meja yang sudah tak terpakai di office suami saya. Jadi suami saya bawa balik kerumah dan potong mengikut acuan seperti dalam gambar di atas. Lepas tu bolehlah dicatkan dengan warna putih. Lepas tu  tampal dengan kertas decal bunga Rose. Dah siap. DIY sendiri je. Kalau beli kat kedai mungkin harganya RM200 atau lebih untuk kedua-dua rak dinding tersebut.

Projek seterusnya, rak kayu besar sedikit.

Asalnya ini adalah Rak Buku 3 Layer yg biasa terdapat di Giant, Tasco dan kedai perabut berwarna COKLAT. Saya potong 2 bahagian tepi kayu rak tersebut. Kemudian saya jadikan ia seperti  dalam gambar diatas. Lapisan belakang saya paku dengan papan plywood. Lepas dibentuk, barulah dicatkan dengan cat berwarna putih. Mula-mula cat dengan cat tin minyak biasa. Lepas betul-betul kering barulah di cat semula dengan cat spray warna putih supaya menyinar. Lepas kering, barulah ditampal dengan kertas decal.


Jam dinding lama dan dah lusuh warnanya. Saya catkan semula dengan warna putih. Saya beli cawan corak bunga vantage dan kemudian saya potongkan separuh body cawan itu supaya muat masuk kedalam jam tersebut. Kemudian ditampal dengan kertas decal corak kedesaan inggeris, Dah pun siap. Nampak seperti baru semula.


Jam dinding biasa yang telah di decaupages. Warna pink tu saya guna pewarna yang orang selalu buat decaupages. Botol pewarna tu jenama AMERICANA. Lepas di cat, hendaklah disapukan varnis supaya nampak berkilat. Lepas tu barulah diletakkan Kertas Decal di tengah-tengah jam tersebut. Siap tak sampai 24 jam.












Marilah kawan-kawan, gunakan kreativiti anda ubahsuai barangan terpakai dirumah anda.
DO IT YOUR SELF (DIY)
Dibawah ini adalah lain-lain projek yang saya lakukan sendiri bersama suami




Semua harga tersebut  termasuk belanja POS. Tiada pesanan minimum

UNTUK PERTANYAAN DAN TEMPAHAN, SILA EMAIL KEPADA SAYA  myprima2u@gmail.com


Banyak lagi koleksi sticker di;
sila klik
MyprimaHomeDecor.Blogspot.com





PENGUMUMAN...!!!
Saya membuka tempahan kepada sesiapa yang berminat nak order jam seperti ini dengan saya. Saya akan buatkan jam yang BARU untuk tuan/puan. Harga RM15 tak termasuk penghantaran. Jadi kena tambah RM5 untuk kos pos penghantaran. Jadi jumlah semua RM20. Jika berminat contact saya


Papan Kenyataan Gantung untuk di jual. Saiz 57cm panjang x 39cm lebar.
Boleh buat ape saja, seperti meletakkan gambar keluarga atau mengantung resit
bil air, api, astro, bil talipon dan lain lain resit lagi. Harga RM40. 




Bingkai gambar untuk dijual. Saiz gambar 4R. Telah siap di decaupage.
Harga RM 10 satu. Kalau beli 3 set RM25.



Pelita Gantung RM30


Besi Gantung Pelita atau Bunga
Harga sepasang(2 unit) RM25
Harga termasuk pos ke seluruh Malaysia
Material dari besi kukuh tak mudah bengkok.



UNTUK PERTANYAAN DAN TEMPAHAN, SILA EMAIL KEPADA SAYA  myprima2u@gmail.com



Banyak lagi koleksi decaupage di;
sila klik
MyprimaHomeDecor.Blogspot.com



Jumlah Pelawat

 

    Norhayati Mustapa Nora

HakCipta terpelihara © 2009 MyPrima. Design by Nora Cotage. Hubungi 014-3250897 untuk tempahan.